TAZKIRAH |
Apakah tuhan berbicara dengan ibu bapaku sebelum memutuskan aku lahir kedunia.
Detik hati kecil Saidina Ali sewaktu perjalanan pulang menemui ibu bapanya.
Sebelum itu dia telah bertemu Rasulullah SAW. dan beliau telah mengajaknya
memeluk Islam. Memandangkan umurnya pada masa itu baru menjangkau 10 tahun, dia
meminta izin dari Rasulullah SAW. dan memutuskan untuk berbincang dengan ibu
bapanya. Dalam perjalanan pulang tersebut dia berfikir dan terus
berfikir..seriusnya bukan main..
Akhirnya dia tiba pada satu kesimpulan : beriman tanpa izin ibubapa. Alasannya
mudah. Allah menjadikannya tanpa berunding dengan ibu bapanya. jadi apa perlu
berunding dengan ibu bapa untuk beriman dengan Allah?
Usamah bin Zaid dilantik menjadi jeneral perang sewaktu berumur lapan belas
tahun. Sultan Mohammad Al-fateh menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan
Murab sewaktu berumur empat belas tahun. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah
SAW telah dibariskan di medan perang ketika berumur belasan tahun, hingga
sejarah memaparkan ada diantara mereka yang cuba menjungkit kaki mereka agar
kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipilih untuk pergi berperang.
Inilah remaja-remaja "salafussoleh". Remaja yang sedari mudanya sudah memikul
tugas-tugas dan
tanggungjawab yang besar dan serius. walaupun masih muda lagi tetapi fikiran
mereka sudah tua, tindakan mereka sudah matang. Islam yang mendewasakan mereka.
Islam adalah agama yang serius. Serius untuk diyakini, serius untuk dihayati, serius
untuk diamalkan dan serius untuk diperjuangkan. Anda bagaimana?
Adakah anda seorang yang serius? Apakah anda seorang yang inginkan kecemerlangan
dalam pelajaran dan tugas-tugas anda sekarang dan berusaha ke arahnya? Apakah anda
memikirkan nasib anda diakhirat? Apakah anda merasakan Islam terbiar dan
dipulau oleh penganutnya sediri? Apakah anda memikirkan nasib Islam dan umatnya?
Apakah anda memikirkan soal kepimpinan dunia yang lintang pukang dan bercelaru
hari ini? apakah anda seorang yang sedang melibatkan diri dalam satu tugas yang
serius? Tanya pada diri sendiri.... Dimanakah sebenarnya hala tujuan dan matlamat
hidup kita. Jika ya , anda adalah pewaris generasi "salafussoleh" yang bakal menempa
sejarah. Jika tidak.. maaf! bicara ini bukan untuk anda semoga Allah memberi
hidayah kepada kita semua dan semoga hidup kita diberkati.. insyaallah.
10 Sebab Doa Tidak Di Kabulkan
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu
sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
Assalamualaikum..
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata : "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq)
berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka
bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian
kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami
belum dikabulkan!".
1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya
dan menyetujui seruannya.
4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan
sunahnya.
5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan
apa-apa amalan yang akan
membawamu ke syurga.
6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu
memasukkan dirimu kepadanya.
7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi
mati.
8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah
melihat aibmu sendiri.
9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu
bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil
pengajaran dari mereka.