PERUTUSAN PENGETUA


 
 
 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinNya Sekolah Kiblah ini telah berjaya menghasilkan laman webnya sendiri. 

Harapan saya semoga laman web ini akan menjadi wadah bagi mewujudkan masyarakat sekolah yang kaya maklumat selaras dengan perkembangan teknologi maklumat terkini. Ia juga dapat menjadi tapak jaringan warga Sekolah Kiblah dahulu ,sekarang dan yang akan datang. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini memohon kepada ibubapa, bekas-bekas pelajar, orang perseorangan, dan syarikat-syarikat swasta agar dapat memberi sokongan kepada sekolah ini dalam berbagai bentuk seperti tajaan, bimbingan atau kewangan. 

Saya yakin laman web ini akan berkembang dan menjadi lebih mantap dengan sajian ilmu dan seterusnya sebagai ruang komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan ke arah melahirkan generasi muslim bestari yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi.

Sekian.

"BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN"
 
 


Pengetua
Sekolah Kiblah