|
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlah mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.
|
Falsafah pendidikan negara adalah menjadi teras kepada Falsafah Pendidikan Sekolah Kiblah. Pendidikan yang disediakan adalah bagi mengintegrasikan pengajian KBSM dengan Pendidikan Islam yang berorientasikan Al-Quran dan Sunnah untuk melahirkan cendekiawan Islam di bidang teknokrat, korporat, saintis, perniagaan, pemimpin masyarakat yang profesional, dinamik, berkaliber, berdikari, inovatif, berketrampilan, dan berwawasan untuk menangani, menghayati dan merealisasikan bidang duniawi dan ukhrawi dalam menghadapi cabaran terkini demi kesejahteraan hidup barisan generasi wawasan 2020.
|
Memberi
peluang kepada pelajar beragama Islam dari seluruh negara bagi mendapatkan
pendidikan duniawi dan ukhrawi denga kemudahan yang teratur, sempurna dan
terkini dalam iklim persekitaran yang kondusif.
Membina akhlak yang
mapan dan nilai-nilai
hidup yang sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat Malaysia bagi melahirkan
insan dan warganegara yang bertanggungjawab, beriman, berilmu dan beramal.
Mendidik dan mempersiapkan pelajar menghadapi alam remaja yang banyak cabaran
dengan penuh ketabahan.
Memberi latihan kepimpinan cemerlang dan pendedahan hidup bermasyarakat sejagat.
Membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan pelajar agar mereka berani
bersaing dalam berbagai bidang.
Menanam kesedaran kepada seluruh keluarga Kiblah bahawa kecemerlangan bersepadu
dapat dicapai melalui kemuafakatan dan kesepakatan semua pihak.
Untuk memantapkan dan meluaskan minda di landasan yang sahih.
Untuk menilai dan merealisasikan amalan yang seimbang.
Untuk menghayati kehidupan muslim yang sebenar.