Make your own free website on Tripod.com
TAZKIRAH




 


Assalamualaikum..



    Apakah tuhan berbicara dengan ibu bapaku sebelum memutuskan aku lahir kedunia. Detik hati kecil Saidina Ali sewaktu perjalanan pulang menemui ibu bapanya. Sebelum itu dia telah bertemu Rasulullah SAW. dan beliau telah mengajaknya memeluk Islam. Memandangkan umurnya pada masa itu baru menjangkau 10 tahun, dia meminta izin dari Rasulullah SAW. dan memutuskan untuk berbincang dengan ibu bapanya. Dalam perjalanan pulang tersebut dia berfikir dan terus berfikir..seriusnya bukan main..

    Akhirnya dia tiba pada satu kesimpulan : beriman tanpa izin ibubapa. Alasannya mudah. Allah menjadikannya tanpa berunding dengan ibu bapanya. jadi apa perlu berunding dengan ibu bapa untuk beriman dengan Allah?

    Usamah bin Zaid dilantik menjadi jeneral perang sewaktu berumur lapan belas tahun. Sultan Mohammad Al-fateh menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan Murab sewaktu berumur empat belas tahun. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW telah dibariskan di medan perang ketika berumur belasan tahun, hingga sejarah memaparkan ada diantara mereka yang cuba menjungkit kaki mereka agar kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipilih untuk pergi berperang.

    Inilah remaja-remaja "salafussoleh". Remaja yang sedari mudanya sudah memikul tugas-tugas dan tanggungjawab yang besar dan serius. walaupun masih muda lagi tetapi fikiran mereka sudah tua, tindakan mereka sudah matang. Islam yang mendewasakan mereka. Islam adalah agama yang serius. Serius untuk diyakini, serius untuk dihayati, serius untuk diamalkan dan serius untuk diperjuangkan. Anda bagaimana?

    Adakah anda seorang yang serius? Apakah anda seorang yang inginkan kecemerlangan dalam pelajaran dan tugas-tugas anda sekarang dan berusaha ke arahnya? Apakah anda memikirkan nasib anda diakhirat? Apakah anda merasakan Islam terbiar dan dipulau oleh penganutnya sediri? Apakah anda memikirkan nasib Islam dan umatnya? Apakah anda memikirkan soal kepimpinan dunia yang lintang pukang dan bercelaru hari ini? apakah anda seorang yang sedang melibatkan diri dalam satu tugas yang serius? Tanya pada diri sendiri.... Dimanakah sebenarnya hala tujuan dan matlamat hidup kita. Jika ya , anda adalah pewaris generasi "salafussoleh" yang bakal menempa sejarah. Jika tidak.. maaf! bicara ini bukan untuk anda semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan semoga hidup kita diberkati.. insyaallah.



 

10 Sebab Doa Tidak Di Kabulkan


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata : "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan!".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

  1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
  2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
  3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
  5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan
     membawamu ke syurga.
  6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
  8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.