|
Bismillah...
Assalamualaikum..
Apakah tuhan berbicara dengan ibu bapaku sebelum memutuskan aku lahir kedunia.
Detik hati kecik Saidina Ali sewaktu perjalanan pulang menemui ibu bapanya.
Sebelum itu dia telah bertemu Rasulullah saw. dah beliau telah mengajaknya
memeluk islam. Memandangkan umurnya pada masa itu baru menjangkau 10 tahun, dia
meminta izin dari Rasulullah saw. dan memutuskan untuk berbincang ngan ibu
padanya. Dalam perjalan pulang tersebut dia berfikir dan terus
berfikir..seriusnya bukan main..
Akhirnya dia tiba pada satu kesimpulan : beriman tanpa izin ibubapa. Alasannya
mudah. Allah menjadikannya tanpa berunding dengan ibu bapanya. jadi apa perlu
berunding dengan ibu bape untuk beriman dengan Allah?
Usamah bin Zaid dilantik menjadi jeneral perang sewaktu berumur lapan belas
tahun. Sultan Mohammad Al-fateh menaiki takhta menggantikan ayahnya, sultan
murab sewaktu berumur empat belas tahun. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah
saw telah dibariskan di medan perang ketika berumur belasan tahun, hingga
sejarah memaparkan ada diantara mereka yang cuba menjungkit kaki mereka agar
kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipilih untuk pergi berperang.
Inilah remaja2 salafussoleh. Remaja yang sedari mudanya sudah memikul tugas2 dan
tanggungjawab yang besar dan serius. walaupun masih muda lagi tetapi fikiran
mereka sudah tua, tindakan mereka sudah matang. Islam yang mendewasakan merka.
Islam adalah agama yang serius. serius utk diyakini, serius utk dihayati, serius
utk diamalkan dan serius utk diperjuangkan.anda bagaimana?
Adakah anda seorang yang serius? apakah anda seorang yang inginkan kecermelangan
dalam pelajaran dan tugas2 anda sekarang serta berusaha ke arahnya? Apakah anda
memikirkan nasib anada diakhirat? Apakah anda merasakan islam terbiar dan
dipulau oleh penganutnya sediri? Apakah anda memikirkan nasib islam dan umatnya?
apakah anda memikirkan soal kepimpinan dunia yang lintang pukang dan bercelaru
hari ini? apakah anda seorang yg sedang melibatkan diri slm satu tugas yang
serius? Tanya pada diri sendiri.. dimanakah sebenarnya hala tujuan dan matlamat
hidup kita.jika ya , anda adalah pewaris generasi salafussoleh yg bakal menempa
sejarah. jika tidak.. maaf! bicara ini bukan utk anda semoga Allah memberi
hidayah kpd kita semua dan hidup kita diberkati.. insyaallah.
10 Sebab Doa Tidak Di Kabulkan
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata : "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq)
berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka
bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian
kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami
belum dikabulkan!".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu
sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya
dan menyetujui seruannya.
4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan
sunahnya.
5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan
apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu
memasukkan dirimu kepadanya.
7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi
mati.
8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah
melihat aibmu sendiri.
9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu
bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil
pengajaran dari mereka.
Amalan UTAMA..
Abdullah Mas’ud berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah: “Apakah amalan
yang lebih disukai Allah? (Dalam riwayat
lain:“Apakah amalan yang lebih utama?”)
Jawab Rasulullah: “Sembahyang dalam waktunya. ” Kemudian apa pula?”
Jawab Rasulullah: “Berbuat baik kepada dua ibubapa.” Kemudian apa lagi?”
Jawab Rasulullah:” Berjihad pada jalan Allah”
Kata Abdullah Mas’ud: “Rasulullah telah bercakap semuanya itu kepadaku,
kalau aku minta tambahan lagi nescaya Rasulullah
menambahnya.” (Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi)
Diceritakan pula oleh Abdullah Ibn Mas'ud r.a katanya ;
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w pada suatu hari berlalu di hadapan
sahabat-sahabatnya,maka beliau bersabda kepada mereka :
"Tahukah kamu apa yang difirmankan Tuhanmu Tabaraka wa taala ? Mereka
menjawab : Allah dan RasulNya yang lebih
mengetahui.
Rasulullah mengulangi pertanyaan itu tiga kali..
Berfirman Allah : Demi kebesaranKu dan kemuliaanKu,tidak bersolat seseorang di
dalam waktunya melainkan Aku
memasukkannya ke dalam syurga.dan barangsiapa bersolat diluar waktunya,maka jika
Aku kehendaki Aku merahmatinya dan
jika Aku kehendaki,Aku mengazabnya".
[h.r Ath-Thabarany]
Pengajaran: 1. Sembahyang mestilah dilakukan pada
waktunya yang ditentukan. Apabila ditinggalkan maka ia adalah berdosa
besar.
2. Hadith ini mengingatkan mereka yang malas menunaikan
sembahyang, atau suka bertangguh-tangguh bahawa perbuatannya
itu tidak disukai Allah. Seboleh-bolehnya sembahyang itu hendaklah ditunaikan
dengan segera apabila masuk waktu.
3. Hadith ini juga mengajarkan umat Islam supaya suka
mengerjakan amalan yang utama mengikut keadaan dan masa. Kalau
dalam perang maka berperanglah yang utama, dan pada masa itu cukuplah sembahyang
wajib ditunaikan dengan ringkas
sahaja.
4. Berbuat baik kepada ibubapa adalah kewajipan yang
diwajibkan oleh Allah sebagai membalas jasa mereka, sama ada
semasa hidupnya atau selepas matinya.
5.Berjihad adalah satu kewajipan orang Islam mengikut
kemampuan masing-masing sama ada dengan harta, tenaga dan jiwa.
Firman Allah: ”Dan mereka yang berjihad kepada Kami, nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami, iaitu kemenangan dan
kejayaan dari dunia hingga ke akhirat.” (Surah Al-Ankabut: 69)
Cara Berdakwah Yang Berkesan
Firman Allah yang bermaksud "Serulah manusia
kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai
siapa yang tersesat daripada jalanNya
dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk".- [al-Nahl
:125]
Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga
cara berdakwah yang boleh dilakukan.
Pertama,berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut
serta menarik berserta bukti yang
jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.
Kedua,serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah
umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu
akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap
Allah.
Ketiga,berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan
dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan
menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk
menyampaikan kebenaran bukan mencari
kemenangan.
Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam
menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu
golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan
cara yang berlainan.
Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada
tiga golongan.
Pertama,orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang
yang bijaksana.
Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka
perlulah sentiasa dinasihati sehingga
mengamalkan.
Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang
dan berdialog secara yang paling baik.
berita minggu ahad 12 julai 1998
Jihad
Sabda Rasulullah, " Sebesar besar jihad adalah
menyampaikan kalimah haq di hadapan penguasa yang zalim." Usaha usaha
ulama terdahulu yang mempertahankan yang benar dihadapan penguasa zalim
sepatutnya menjadi tauladan kepada kita. Kisah
kisah mereka banyak dibukukan untuk pembacaan generasi kita dan akan datang.
Semoga ringkasan contoh contoh ulama
mempertahankan kebenaran ini menjadi tauladan kepada kita.
1. Al Imam Said bin Musayyab.
Menunaikan haji sebanyak 40 kali. Tidak pernah
ketinggalan solat berjemaah jika tiada alasan dan selalu di saf
hadapan.
Menolak lamaran Amirul Mukminin, Abdul Malik bin Marwan untuk dinikahkan dengan
puteranya Al Walid, kerana tidak
mahu membiarkan anak gadisnya dihiasi dengan kemewahan dunia yang boleh
mengakibatkannya lupa kepada akhirat. Anak
gadisnya dikahwinkan dengan anak muridnya yang kematian isteri dengan mas kahwin
hanya 2 dinar.
Tidak menghadiri majlis membai'tkan putera Al Walid
yang dinobatkan mengganti Amirul Mukminin Abdul Malik dan
pelantikan Sulaiman bin Yasar sebagai Pemimpin Pemerintah bagi suatu wilayah
kekuasaan Amirul Mukminin, kerana tidak
mendapat persetujuan dari masyarakat . Pelantikkan itu terkeluar dari syariat
Islam kerana memperkosa hak hak asasi manusia
untuk menentukan orang yang mereka sukai dan cintai. Jadi menurutnya pembai'tan
itu dilakukan secara paksa.
Lalu Imam Al Said disiksa dengan 50 kali sebatan
dan diarak megelilinggi pasar untuk dipertontonkan. Imam Said sekali lagi
disiksa dengan 60 kali sebatan kerana tidak bersetuju perlantikkan Jahir Al
Aswaad Az Zuhri sebagai wali di sebuah kota,
kerana Jahir seorang yang banyak melakukan kesalahan dan tidak mahir dalam
syariat Islam. Imam Said juga dipenjara oleh
Jahir. Dbebaskan semula oleh Abdullah bin Zubair. Segala penderitaan
ini dilalui oleh Imam Al Said dengan tabah dan lebih
berani kerana membenarkan apa yang benar. Beliau meninggal pada
tahun 91 H.
2. Al Imam Malik bin Anas
Fatwanya "Tidak sah perceraian yang
dipaksakan" dan bahkan apa yang dipaksakan dan tidak sesuai dengan kehendak
rakyat adalah tidak sah mengikut hukum Islam. Sedangkan Amirul Mukminin,
Al Mansur melantik pemimpin/penguasa dari
kalangan ahli keluarganya dan orang yang dekat dengan keluarganya dan
perlantikan itu tidak dari suara orang ramai. Jadi ia
bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Malik bersandarkan Hadis
Rasulullah yang benar. Imam Malik begitu
bertegas dengan fatwanya, walaupun setelah Al Mansur mengarahkan agar fatwanya
diubah. Akibatnya pergerakkan Imam
Malik dipersempitkan, diawasi dan dihalangi. Walaupun begitu beliau terus
menyebarkan wasiat Rasulullah dan menegakkan
hukum Allah dan akhirnya beliau dimasukkan penjara dan disebat 70 kali.
3. Al Imam Ahmad bin Hambal
Di zaman Imam Ahmad terdapat suatu golongan dipanggil
Mu'tazilah yang mana mereka percaya bahawa Al Quran adalah
makhluk Allah. Golongan Mu'tazilah ini sangat besar pengaruhnya diperingkat
tertinggi pemerintahan. Termasuk Amirul
Mukminin Al Ma'mun juga terpengaruh sama. Gologan Mu'tazilah senang mempengaruhi
pihak pengusa kerana mereka begitu
rapat dengan penguasa dan mereka tidak pernah menentang apa yang dilakukan oleh
penguasa dan pegawai pegawainya.
Dengan ini mereka sangat terpengaruh dan diberi kepercayaan oleh penguasa.
Mereka menamakan fahaman ini Aqidah
Taqiyah.
Pendapat ini sangat bertentangan dengan pendapat ulama
ulama besar ketika itu termasuk Imam Ahmad . Kaum Mu'tazilah
mempengaruhi penguasa supaya meyebarkan fahaman Aqidah Taqiyah mereka dan mana
mana yang menentang akan
dikenakan siksaan. Mereka juga menyiksa dan memenjara ulama ulama yang menentang
fahaman mereka. Imam Ahmad juga
dipenjarakan. Sahabat Imam Ahmad, Muhammad bin Nuh meninggal didalam penjara
akibat disiksa begitu kejam sekali.
Kematian sahabatnya tidak melemahkan imannya supaya
terus menentang Aqidah Taqiyah dan kezaliman pengusa. Beliau
menerima sebatan sebanyak 110 kali tetapi tetap berkata Al Quran bukanlah
makhluk Allah.
Imam Ahmad dibebaskan dari penjara dibawah pimpinan Al
Wastiq setelah kematian Al Mu'tashim, ayahnya yang mengambil
alih kuasa setelah kematian Al Ma'mun , juga terpengaruh dengan
Mu'tazilah. Pembebasan in kerana atas desakan dari rakyat
yang bangun menentang kezaliman penguasa. Imam Ahmad hampir tidak dapat berjalan
semasa dibebaskan.
Setelah kesihatannya pulih beliau meneruskan
aktivitinya sebagai ulama yang tegas dengan fatwanya dan gurubesar
disebuah
sekolah. Al Wastiq begitu geram kerana rakyat masih menentangnya walaupun telah
membebaskan Imam Ahmad. Beliau mula
berbincang dengan gologan Mu'tazilah dan akhirnya mereka mula menangkap dan
menghalang sesiapa yang pergi belajar
dengan Imam Ahmad. Cara ini juga tidak berjaya dan akhirnya Al Wastiq yang telah
terpengaruh oleh Mu'tazilah mengenakan
tahanan rumah yang mana Imam Ahmad tidak boleh keluar dan menerima
kunjungan dari anak anak muridnya maupun saudara
saudaranya. Pemerintah bertujuan menghapuskan pengaruh Imam Ahmad. Penahanan ini
berlaku sehinggalah kematian Al
Wastiq.
Dipetik dari buku "Ulama' dan Penguasa" - Abdul Aziz Ismail
HADIS KELEBIHAN AL QURAN:
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku
mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan
datang di
hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )
2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata
: Aku mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat
kelak akan
didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan
mengamalkan
isi kandungannya, didahului dengan Surah Al
Baqarah dan
Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah
( mempertahankan ) orang yang membaca dan
mengamalkannya.
( Riwayat Muslim )
3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W.
bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang
yang mempelajari
Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
( Riwayat Bukhari )
4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda
Rasulullah S.A.W. :
Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk
menyebut ayatnya
ia mendapat dua pahala.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah
berkata :
Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin
yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah
( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya
sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran
seperti
buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan
umpama
orang munafik yang membaca Al Quran seperti
Raihanah
(sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit
dan umpama
orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti
buah labu
yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah
mengangkat
martabat beberapa golongan dan merendahkan
martabat yang lain
dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim )
7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad
S.A.W.
telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki
kecuali di dalam
dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman
yang sahih
tentang Al Quran, ia
menunaikan ibadat siang dan malam ,
lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu
dinafkahkannya
siang dan malam.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a.
telah berkata :
Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di
sisinya seekor
kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di
langit mula
melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya
mula menjauhinya.
Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi
Muhammad S.A.W.
dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda
bersabda :
Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun
disebabkan bacaan Al Quran.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata :
Rasulullah S.A.W.
bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di
dalam
ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran
seperti rumah
yang roboh.
( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini
hasan sahih )
10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi
Muhammad S.A.W.
bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada
orang yang
membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan
perelokkanlah bacaan
Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan
di dunia,
sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di
akhir ayat yang
engkau bacakan.
( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata
:
Hadis ini hasan sahih )
11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan :
Rasulullah S.A.W
keluar dan kami berada di tempat duduk masjid
yang beratap.
Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu
yang suka keluar
di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan
atau 'Atiq, dan
dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk
dalam keadaan dia
tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan
silaturrahim.
Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda
Rasulullah S.A.W
kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau
membaca dua
ayat Al Quran lebih baik
dari dua ekor unta, tiga ayat lebih
baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari
empat ekor unta
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.
( Riwayat Muslim )
12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W
bersabda :
Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam
sembahyang
ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.
( Riwayat Muslim )
13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi
Muhammad S.A.W.
menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di
peperangan Uhud
kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah
antara keduanya
yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran
maka apabila
aku tunjukkan kepada salah seorang daripada
keduanya maka dialah
orang yang pertama masuk ke liang lahad.
( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu
Majah )
14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di
hadapan qari
yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa
kepada Allah
kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata
aku mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang
membaca Al Quran
maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka
sesungguhnya
akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran
dan mereka
berdoa dengannya.
( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini
hasan )
15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa
yang membaca
satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu
kebaikan,
satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku
tidak bermaksud :
Alif , Lam , Mim ialah
satu huruf, tetapi Alif satu huruf,
Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis
ini hasan sahih )
-Holly Quran cd
Golongan Mati Syahid
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Ketika seorang lelaki sedang berjalan di sebatang
jalan, dia mendapati sebatang dahan berduri lalu membuangnya. Allah
berterima kasih padanya dan mengampuninya.
Baginda bersabda lagi: Mereka yang mati syahid itu ada lima golongan:
1.Mereka yang mati kerana taun,
2.mereka yang mati kerana sakit di dalam perut,
3.mereka yang mati lemas,
4.mereka yang mati di bawah runtuhan bangunan
5.dan mereka yang mati kerana berjuang di jalan Allah. (Bukhari wa
Muslim)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Mati kerana penyakit taun merupakan syahid bagi setiap orang muslim. (Bukhari wa Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a katanya:
Sesungguhnya seorang lelaki desa iaitu Arab desa datang kepada
Nabi s.a.w dan bertanya:
Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk
mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang
untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk
melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di
antara mereka yang berada di jalan Allah?
Rasulullah s.a.w menjawab: Barangsiapa yang berperang
demi menegakkan kalimat Allah, maka beliaulah yang berada di jalan
Allah.
(Bukhari wa Muslim)
untuk melangan nasihat sila hantarkan email kepada nasihat@iname.com.Nama samaran adalah dibenarkan.
Kemuliaan Para Syahid
Ukhti
Rasullah SAW bersabda: Allah SWT. memuliakan orang-orang yang mati syahid
(memperjuangkan agama Allah) dengan lima
kemuliaan yang tidak diberikan kepada salah seorang dari para nabi, bahkan aku
pun tidak. Salah satu dari yang lima itu ialah
bahwa ruh -ruh para nabi itu dicabut oleh Malaikul Maut, dan dia pun yang akan
mencabut ruhku; sementara orang-rang-orang
yang mati syahid, ruhnya dicabut oleh Allah Swt. dengan kekkuasaan-Nya bagaimana
saja Dia mau; bahkan Allah Swt. tidak
menguasakan Malaikul Maut untuk mencabut ruh mereka."
"Kedua, setelah mati, semua nabi dimandikan
mayatnya, dan mayatku pun setelah mati akan dimandikan, sementara mayat para
syuhada tidak dimandikan, dan mereka tidak memerlukan air dunia."
"Ketiga, bahwa jasad para nabi itu dikafani, dan
jasadku pun pasti dikafani, sementara jasad atau mayat para syuhada tidak
dikafani (tidak diberi kain kafan)."
"Keempat, bahwa para nabi, jika telah mati, maka
mereka disebut mayit, dan aku, jika telah mati, akan dikatakan, bahwa
Muhammad telah wafat; pdhal orang-orang yg mati syahid tidak disebut amwat
(mayat-mayat atau telah mati)."
"Kelima, bahwa para nabi diberi (hak memberi)
syafa'at (pertolongan) pada hari kiamat, dan aku pun diberi hak syafa'at pada
hari kiamat. Sementara, para syuhada, dapat memberi syafaat setiap hari untuk
orang yang berhak mendapatkannya."
Subhanallah. Ingatlah Allah PASTI menepati janjiNya.
dipetik dari 'mati hanya sekali'
KEUTAMAAN BISMILLAH
Maksud hadits Nabi s.a.w
Bahawa ada suatu kaum yang datang pada hari kiamat
sambil mengucap Bismillahirrohmanrirahim.Lebih berat kebajukan
mereka dari keburukan mereka.Lalu berkata umat2 yg lain."Alangkah beratnya
timbangan amalan kebajikan mereka.".
Sesungguhnya menjadi sedemikian itu kerana mereka
memulai segala pembicaraan mereka dengan Bismillah .....Kerana
bismillah ......itu namanya Zat Allah Yang Maha Agung.
Kalau sekiranya diletakkan langit dan bumi di dalam
neraca timbangan serta isinya dan apa yang ada dalam timbangan itu
nescaya beratlah lagi timbangan khalimah Bismillahirrahmannirrahim.
Dan sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi umat ini
Bismillah itu keamanan dari tiap bencana dari intaian setan
terkutuk.Dijadikan obat dari segala macam penyakit,dari
kehinaan,kebakaran,keburukan dengan berkat Bismillah (til end)
Hadith dari Anas bin Malik dari nabi s.a.w yang
bermaksud : Andai kata pohon2 dijadikan pena,semua lautan dijadikan tinta
lalu berkumpullah semua jin,manusia dan malaikat membuat buku ,terus mereka
menulis arti Bismillah sejuta tahun,mereka tidak
akan sanggup,mengertikan walau pun hanya satu persepuluhnya.