Make your own free website on Tripod.com


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE SEKOLAH KIBLAH



A. TINGKATAN SATU

1.      Kemasukan pelajar baru tingkatan 1 di Sekolah Kiblah diterima dari sudut utama : pelajaran dan akhlak.

2.      Pelajar tersebut mestilah mendapat sekurang-kurangnya 2B 2C dalam UPSR yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan serta lulus dalam Ujian Kelayakan/Temuduga yang diadakan sendiri oleh pihak sekolah.  

 

B. TINGKATAN EMPAT

1.      Bagi para pelajar dari tingkatan 3 Sekolah Kiblah, syarat kenaikan ke tingkatan 4 adalah syarat minimum yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Sijil Khas Kiblah.

2.      Bagi para pelajar dari sekolah biasa atau aliran agama, selain syarat minimum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan, serta pelajar mestilah lulus dalam pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.

3.   Bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kelayakan seperti syarat (2) di atas, boleh diterima masuk ke tingkatan 4 Sekolah Kiblah dengan syarat lulus ujian “Penilaian Asas Pendidikan Islam” yang akan diadakan oleh Sekolah Kiblah sendiri.