SEJARAH SEKOLAH KIBLAH


PENGENALAN

Sekolah Kiblah adalah merupakan sebuah Institusi Pengajian Swasta Berasrama Penuh. Pada awalnya sekolah Kiblah mula beroperasi pada Januari 1993 di tanjung Kling, 17 Km daripada Melaka Bandaraya Bersejarah. Selang satu tahun kemudian berpindah ke Pedas, Negeri Sembilan, Pada akhir tahun 1995 mulai berpindah ke Sungai Merab Jaya, Bangi Selangor.

 

LOKASI SEKOLAH

Sekolah Kiblah terletak di Kampung Sg Merab Jaya, Kajang, Selangor Darul Ehsan, Majoriti penduduk Kampung adalah Orang Melayu Islam. Berbagai-bagai kemudahan asas yang telah disediakan seperti jalan raya, telefon awam, masjid sekolah rendah dan menengah dan deretan kedai mini market dan lain-lain lagi. penduduknya dianggarkan melebihi dari 2000 orang.

dari segi pendidikan , kedudukan sekolah Kiblah amatlah sesuai, ini disebabkan ianya berhampiran dengan pusat-pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta iaitu maktab Perguruan Islam dan Kolej Yayasan Pelajaran Mara, 6km Universiti Tenaga Nasional, 5km dari Universiti Kebangsaan Malaysia, 9km dari Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam ABIM dan 10 km dari Universiti Putra Malaysia.