PIAGAM SEKOLAH




 

 

1. NILAI TERAS SEKOLAH KIBLAH

  1. Berpegang teguh bahawa Islam sebagai ‘Ad-Din’
  2. Beriman
  3. berilmu
  4. Berfikir
  5. Rajin
  6. Iltizam
  7. Berani
  8.  Hikmah
  9. Ikram
  10. Sentiasa mengejar kecemarlangan
  11. Berbakti

 

2. PIAGAM SEKOLAH KIBLAH

 

“ BAHAWASENYA KAMI KELUARGA SEKOLAH KIBLAH DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPAHKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI BAGI:

 

 

A)    KECEMERLANGAN ILMU

1.      Melahirkan sikap positif terhadap ilmu dan pengalaman sepanjang hayat.

2.      Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan melalui pembinaan minda.

3.      Menjamin pembangunan insane seimbang melalui penitisan ilmu bersepadu.

4.      Menyediakan sumber manusia yang berketerampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.

5.      Meningkatkan daya imaginasi, kreatif dan inovatif dalam menghsilkan ciptaan melalui penyelidikan dan pembangunan.

 

 

 

B)     KEMAMPANAN SYAHSIAH

1.      Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketakwaan, keimanan dan prinsip musyawarah.

2.      Menyediakan warga sekolah yang dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

3.      Melahirkan warga yang berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah tinggi.

4.      Melahirkan insane yang kebertanggungjawaban yang jelas ke atas apa yang diamanahkan.

5.      Menyediakan landasan ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

 

C)    KESEJAGATAN KEPIMPINAN

1.      Mengamalkan kepimpinan berifat tegas, berani, toleransi dan bijaksana.

2.      Menghasilkan pemimpin yang mempunyai misi dan visi yang jelas

3.      Memupuk pemimpin yang munasabah dan terbuka.

 

 

3. MOTO SEKOLAH KIBLAH

“BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN.”

 

4. MAKNA SINGKATAN K.I.B.L.A.H.

K – Kesahihan

I – Ilmu

B – Berdasarkan

L – Landasan

A – Al-Quran

H – Hadith yang Sahih

 

5. LAMBANG DAN WARNA LOGO SEKOLAH KIBLAH

        a. KAABAH:

·        .Melambangkan kesyumulan tekad dan iltizam dalam merealisasikan sesuatu perkara

·        Kearah menyatukan akidah dan keimanan sebagai seorang muslim sejati.

 

        b. BUKU/AL-QURAN

·        Menimba dan mencari ilmu pengetahuan dan pendidikan di dunia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Ar-Rassul S.A.W

 

        c. WARNA PUTIH

·        Melambangkan kebersihan dan kesucian diri zahir dan batin dalam segala aspek kehidupan

 

        d. WARNA BIRU

·        Melambangkan ketegasan, keberanian serta tolerensi dalam melaksanakan dan menegakkan kebenaran pada perkara yang ‘HAK’.