Make your own free website on Tripod.com
PROGRAM KURIKULUM BERSEPADU (3 DIMENSI)


 

 



PENGENALAN

 


PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

    Pengenalan

    Matlamat  

    Strategi  

 



KURIKULUM SEKOLAH KIBLAH
   
1. KBSM

    2. MKSK  

 


PEPERIKSAAN/UJIAN  
    1. Peperiksaan/ujian umum (awam):

    2. Peperiksaan/ujian peringkat sekolah (dalaman):

 



PENILAIAN

    1. Penilaian bersepadu (3 Dimensi)

    2. Program perkembangan syahsiah  

 

 


KO-KURIKULUM

    1. Jawatankuasa gerakkerja ko-kurikulum

    2. Bidang ko-kurikulum

    3. Penglibatan pelajar

    4. Program pelaksanaan ko-kurikulum

    5. Strategi/ pelaksanaan  

 


PEMBANGUNAN DIRI

    1. Unit/jawatankuasa gerakerja pembangunan diri  

    2. Program Pembangunan Diri 

 


PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM  

    1. Pengenalan

    2. Objektif 

    3. Bidang penghayatan Islam

    4. Strategi / Pelaksanakan 







 

 

 

 

 


 

 

PENGENALAN


 

 

1. Program kurikulum yang dijalankan di Sekolah Kiblah adalah berdasarkan Kurikulum                 Bersepadu (3 Dimensi).

 

2. Program Kurikulum Sekolah mengandungi 3 program yang utama (3 dimensi):

            a) Program Akademik

            b) Program Syahsiah

            c) Program Penghayatan Islam

 






 

 

 

 

 

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

 

 

 

Pengenalan

           

1.  Program Kecemerlangan Akademik yang dijalankan di Sekolah Kiblah adalah berdasarkan   kepada KBSM yang dilaksanakan di seluruh negara.

2. MKSK adalah tambahan kepada KBSM dan merupakan ciri utama kurikulum Kiblah.

3. Pelajar-pelajar Kiblah akan melalui sistem pendidikan yang berintegrasikan pendidikan akademik KBSM dan akhlak Islam.

 

 

 

 

Matlamat

 

1.   Melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang murni dan positif supaya dapat memberikan sumbangan yang berfaedah kepada diri, keluarga, sekolah, masyarakat, agama dan negara.

2.   Mencapai tahap kecemerlangan dalam PMR dan SPM.

3.   Meminimumkan markah 60% untuk semua matapelajaran dalam peperiksaan dan ujian.

 

 

 

 

Strategi

 

1. Pelajar-pelajar tingkatan 1 didedahkan dengan kemahiran-kemahiran belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah oleh semua guru matapelajaran.

2.   Program yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 5, dengan penekanan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM.

3.   Program latihtubi semasa prep malam untuk semua tingkatan.

4.   Program hujung minggu untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.

5.   Program latihtubi intensif selepas peperiksaan percubaan PMR dan SPM.

6.   Program pengkayaan bagi pelajar cemerlang.

7.   Program klinik bagi pelajar sederhana.

8.   Program pemulihan bagi pelajar lemah.

9.   Program pertukaran soalan dan skima jawapan di antara sekolah-sekolah peringkat zon, negeri atau daerah.

10. Ceramah teknik menjawab soalan mengikut format PMR dan SPM oleh penceramah jemputan.

11.      Menyediakan borang Aku Janji oleh pelajar selepas sesuatu ujian atau  peperiksaan di peringkat sekolah.

12. Program Kerjaya bagi pelajar yang tamat peperiksaan PMR dan SPM.

 




 

 

 

 

 

 

KURIKULUM SEKOLAH KIBLAH


 

Bahagian Akademik dipecahkan kepada dua unit iaitu:

    a. KBSM

    b. MKSK

KBSM adalah teras pendidikan di Malaysia. Pelajar Kiblah akan menduduki peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu PMR dan SPM.

 




a) Matapelajaran Akademik (KBSM) Peringkat Menengah Rendah

TERAS

MINIT/MINGGU

ELEKTIF

MINIT/MINGGU

1. Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris

3. Pendidikan Islam

4. Matematik

5. Sains

6. Geografi

7. Sejarah

8. Kemahiran Hidup

    (Pilihan 1)

240 (6 x 40)

240 (6 x 40)

200 (5 x 40)

240 (6 x 40)

200 (5 x 40)

120 (3 x 40)

120 (3 x 40)

160 (4 x 40)

 

1. Bahasa Arab

    (Komunikasi)

2. Komputer

200 (5 x 40)

  80 (2 x 40)

 

 

 




b) Matapelajaran Akademik (KBSM) Peringkat Menengah Atas

TERAS

MINIT/MINGGU

ELEKTIF

MINIT/MINGGU

1. Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris

3. Matematik

4. Sejarah

5. Sains

6. Bahasa Arab

    (Komunikasi)

240 (6 x 40)

240 (6 x 40)

200 (5 x 40)

120 (3 x 40)

200 (5 x 40)

200 (5 x 40)

 

1.Al-Quran/As-Sunnah

2.Pen. Syariah Islamiah

3. Prinsip Akaun/

    Ekonomi Asas/

    Perdagangan

160 (5 x 40)

 200 (4 x 40)

 

 

120 (3 x 40)

 

 







 

 

 

 

Sementara itu MKSK pula adalah ciri utama Kurikulum Kiblah. Ia dapat mengimbangi pendidikan KBSM dan perkembangan sakhsiah dalam membentuk intelek, emosi, rohani, dan jasmani pelajar. Ia tiada peperiksaan awam tetapi tetap diuji di peringkat sekolah-sekolah Kiblah. Setelah mengikuti pelajaran khas Kiblah, pelajar dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan memungkinkan pelajar untuk membaca kitab-kitab asal dalam tulisan Arab. Pelajar-pelajar yang berkemampuan dalam program tilawah akan dikembangkan untuk mengikuti program Tahfiz Al-Quran.

 

 



a) Matapelajaran akademik (MKSK) peringkat menengah rendah

MATAPELAJARAN/KURSUS

MINIT/MINGGU

1. Kursus Tilawah/Tahfiz Al-Quran

2. Pengajian Bahasa Arab

3. Kebudayaan Islam

4. Adab/Akhlak

5. Ulum Hadith (Tingkatan 3)

 

840 (21 x 30)

200 (5 x 30)

120 (3 x 30)

40 (1 x 30)

80 (2 x 30)


 

 

b)  Matapelajaran akademik (MKSK) peringkat menengah atas

MATAPELAJARAN/KURSUS

MINIT/MINGGU

1. Kursus Tilawah/Tahfiz al-Quran

2. Pengajian Bahasa Arab

3. Kebudayaan Islam

4. Adab/Akhlak

5. Sirah/Sejarah Islam

6. Ulum Hadith

7. Ulum Al-Quran (tingkatan 4)

8. Usul Fiqh (tingkatan 5)

 

600 (15 x 30)

200 (5 x 30)

120 (3 x 30)

40 (1 x 30)

40 (1 x 30)

40 (1 x 30)

40 (1 x 30)

40 (1 x 30)

 

 



 

 

 

 

 

 

 

PEPERIKSAAN/UJIAN

 

1. Peperiksaan/ujian umum (awam):

a) Kerja kursus/ujian amali bagi

                        i.             Pendidikan Islam

                        ii.            Kemahiran Hidup

                        iii.             Sejarah

                        iv.             Geografi

            b) Ujian lisan Bahasa Malaysia PMR

            c) Ujian lisan Bahasa Inggeris PMR

            d) Ujian lisan Bahasa Arab PMR

            e) Ujian lisan Bahasa Malaysia SPM

            f) Ujian lisan Bahasa Inggeris SPM

            g) Peperiksaan Bertulis PMR

            h) Peperiksaan Bertulis SPM

            i) Kertas Perdagangan (Julai)

            j) Kertas Bahasa Inggeris 1119

 

 

2. Peperiksaan/ujian peringkat sekolah (dalaman):

            a) Ujian bulanan

            b) Peperiksaan Pertengahan Tahun/Penggal 1

            c) Peperiksaan Akhir Tahun/Penggal 2

            d) Peperiksaan Sijil Khas Kiblah (Peringkat Menengah Rendah)

            e) Peperiksaan Sijil Khas Kiblah (Peringkat Menengah Atas)

            f) Peperiksaan Tamat Kursus Tilawah/Tahfiz Al-Quran

            g) Peperiksaan Sijil Komputer

 

 

 



 

 

 

 

PENILAIAN

A)  PENILAIAN BERSEPADU (3 Dimensi).

1. Penilaian sebenar adalah penilaian dalaman sekolah yang berteraskan Penilaian Bersepadu (3 Dimensi).

2. Penilaian ini dikeluarkan setelah selesai peperiksaan-peperiksaan ini:

            a) Peperiksaan Pertengahan Tahun/Penggal 1

            b) Peperiksaan Akhir Tahun/Penggal 2

            c) Peperiksaan Sijill Khas Sekolah Kiblah

3. Keputusan Peperiksaan Sijil Khas Sekolah Kiblah terdiri daripada:

            a) Keputusan Percubaan PMR/SPM

            b) Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun (MKSK)

            c) Keputusan Penghayatan Islam

            d) Keputusan Pembangunan Syahsiah

 

 

B. PROGRAM PERKEMBANGAN SYAHSIAH

1. Program perkembangan syahsiah dipertanggungjawabkan untuk membentuk syahsiah pelajar.

2. Program-program yang diatur akan mengimbangi syahsiah pelajar supaya mereka matang dalam setiap          permasalahan.

3. Aktiviti yang disusun mengambilkira faktor-faktor umur, kemampuan dan kehendak masyarakat.

4. Aktiviti juga membantu pembelajaran yang sebenar dan mengeratkan lagi jurang kefahaman pendidikan KBSM dan KBSK.

5. Segala perjalanan aktiviti dibimbing oleh pendidik yang terlatih supaya ianya menepati kehendak dan tuntutan sunnah yang sahih.

6. Perkembangan syahsiah dibahagikan kepada 2 bahagian:

            a) Ko-kurikulum

            b) Pembangunan diri

 

 








 

 

 

KO-KURIKULUM

 

1. JAWATANKUASA GERAKKERJA KO-KURIKULUM:

1.1 Menginterpretasi dan mengimplementasi dasar-dasar ko-kurikulum Kementerian Pendidikan selaras dengan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah dan Falsafah Pendidikan Sekolah Kiblah.

1.2 merancang, menyelaras, dan melaksanakan dengan sempurna semua aspek program gerakerja ko-kurikulum sekolah.

1.3 membuat penilaian strategi-strategi yang dilaksanakan.

1.4 menentukan kakitangan/tenaga pengajar yang ditugaskan mempunyai kemahiran tertentu.

 

2. BIDANG KO-KURIKULUM

2.1 Pasukan beruniform:

            a. Pengakap

            b. Kadet Bomba

            c. Kadet Bersatu

 

2.2 Persatuan akademik dan kelab:

            a. Persatuan Bahasa Malaysia

            b. Persatuan Bahasa Arab                        Persatuan wajib

            c. Persatuan Bahasa Inggeris

            d. Persatuan BADAR (Badan Agama, Dakwah, Akhlak dan Rohani)

            e. Kelab Kemahiran dan Rekacipta

            f. Kelab Komputer

            g. Kelab Surau/Masjid

 

2.3 Sukan dan Permainan

            a. Olahraga

            b. Bolasepak

            c. Badminton

            d. Bola Tampar

            e. Pingpong

            f. Seni silat

            g. Teakwando

           

 

 

3. PENGLIBATAN PELAJAR

 

Setiap pelajar diwajibkan:

            a. menganggotai sebuah pasukan beruniform

            b. menjadi ahli persatuan yang diwajibkan

            c. menjadi ahli sekurang-kurangnya satu persatuan atau kelab

            d. menjadi ahli sekurang-kurangnya satu jenis sukan/permainan

           

 

4. PROGRAM PERLAKSANAAN KO-KURIKULUM

 

Objektif

 

a. Kecemerlangan dalam ko-kurikulum memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif.

b. Penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum akan mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih.

c. Meningkatkan penguasaan kemahiran asas dalam bidang-bidang yang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan.

d. Penglibatan dalam ko-kurikulum membantu proses penyuburan diribagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yang berilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehan memimpin.

e. Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.

Mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar ke arah kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaaan.

f. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

g. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

h. Menjadikan pelajar-pelajar individu yang bersifat inovatif dan kreatif.

i. Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengambilkira pelajar dalam melahirkan budaya cemerlang.

j. Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat setempat.

k. Menyediakan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan.

 

 

5. STRATEGI/PERLAKSANAAN  

a. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai persatuan berwajib, satu persatuan pilihan, satu unit beruniform dan satu sukan.

b. Pelajar-pelajar baru (tingkatan 1 dan 4) didedahkan kepada berbagai aktiviti ko-kurikulum semasa minggu orientasi, melalui taklimat, ceramah, demonstrasi dan pertandingan-pertandingan. Mereka dibantu membuat pilihan yang sesuai dengan minat dan kebolehan. Potensi dan bakat yang ada pada pelajar baru dapat dikesan dan diasah selanjutnya.

c. Jadual Waktu Harian/Mingguan disusun untuk penggunaan masa yang optimum dalam mengimbangi penglibatan kurikulum dan ko-kurikulum.

d. Program ko-kurikulum ini difokus pada aktiviti:

            i.  pidato/syarahan

            ii. perbahasan

            iii.forum remaja (isu semasa)

            iv. menulis esei

            v. olahraga

            vi.bolesepak/bola tampar/badminton

e. Mengadakan pertandingan dalaman: antara kelas-kelas, antara dorm dan sebagainya.

f. Mengadakan pertandingan persahabatan :

            i. sekolah-sekolah di sekitar daerah, negeri mahupun kebangsaan

            ii.badan kerajaan dan swasta

g. Mengadakan kem bakat dan bina insan.

h. Mengumpulkan bahan rujukan (dalam bentuk media cetak dan elektronik) di bilik kelas matapelajaran, Pusat Sumber atau Perpustakaan.

 






 

 

 

PEMBANGUNAN DIRI

1. Unit/jawatankuasa gerakerja pembangunan diri

Panduan tugas:

a. Merancang, menyelaras dan melaksana dengan sempurna semua aspek program gerakerja pembangunan diri di sekolah.

b. Membuat penilaian strategi-strategi yang dilaksanakan.

c. Menentukan kakitangan/tenaga pengajar yang ditugaskan mempunyai kemahiran tertentu.

d. Menyediakan sistem laporan dan penilaian yang sistematik dan praktikal dalam membuat penilaian kemajuan pelajar.

e. Menyediakan laporan kemajuan pelajar kepada Unit Peperiksaan/Penilaian.

 

 

2. Program Pembangunan Diri

            a. Jayadiri

            b. Penyesuaian diri

            c. Motivasi

            d. Kemahiran belajar

            e. Kem Matematik

            f. Keluarga pelajar

            g. Smart Learning

            h. Bengkel Pengurusan Tekanan

            i. Bengkel Menjawab Soalan

            j. Perkhemahan Cinta Alam Sekitar

            k. Sudut Pidato

            l. Latihan Temuduga

            m. Bengkel Kerjaya

            n. Keusahawanan









 

 

 

 

 

PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM

 

1.    PENGENALAN

1.1   Penghayatan Islam dipertanggungjawabkan untuk membentuk amalan harian dan budaya hidup seorang pelajar muslim.

12   Aktiviti penghayatan Islam dijalankan secara langsung dan tidak langsung menerusi aktiviti harian pelajar.

1.3   Penekanan adalah kepada pengukuhan Iman metalui amalan harian yang berlandaskan AI-Quran dan As-Sunnah yang Sahih.

1.4   Penekanan juga kepada mengaplikasikan ilmu-ilmu semasa (KBSM) dan ilmu-ilmu dasar / teras (MKSK) dalam amalan harian.

1.5   Aktivitinya juga merupakan satu pengukuhan kepada kemafaatan yang diperolehi melalui Program Perkembangan Syahsiah.

1.6   Satu rekod dan penilaian pelajar turut disediakan.

1.7   Pelajar yang harmonis dan seimbang dari segi inteiek, rohani, emosi dan jasmani mampu dilahirkan.

 

2.    OBJEKTIF

a)   Menerima diri sendiri sebagai individu yang dikurniakan oleh Allah SWT potensi dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

b)    Melahirkan insan yang berwibawa dan terarah kendiri dalam memenuhi tanggungjawab dan kewajiban sebagai khalifah Allah di bumi untuk menyambung tugas para Ambia dan Rasul.

c)    Melahirkan insan yang beriman, berilmu, dan beramal.

d)    Melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

 



3.    BIDANG PENGHAYATAN ISLAM

1.1   Bidang Penghayatan Islam boleh dikategorikan kepada 4 bahagian:

a) Amalan fardu dan sunat

b)  Sikap

c)  Adab / akhlak

d) Amal jamaa'i

1.2   Pengisian bidang-bidang ini dilaksanakan melalui 2 program ;

a) Program Keilmuan Islam

b) Program Latihan Amali

 



4.    STRATEGI / PERLAKSANAAN  

a) Pelajar-pelajar baru (Tingkatan 1 dan 4) didedahkan beberapa Program Latihan Amali semasa minggu orientasi:

i.  Ujian Fardu Ain

ii. Ujian Tilawah dan Tahfiz Al-Quran

iii Solat Fardu Berjemaah

iv Solat Rawatib

b) Jadual Waktu Aktiviti Harian / Mingguan disusun untuk penggunaan masa yang optimum dalam mengimbangkan penglibatan kurikulum, ko-kurikulum dan penghayatan Islam.

c) Penghayatan Islam difokuskan kepada bidang-bidang;

i. Amalan Fardu dan Sunat

      Solat fardu berjemaah

      Puasa

      Qiyamullail

ii. Sikap

      Kerajinan

      Motivasi

      Menepati Masa

      Inisiatif dan Kreatif

iii. Adab/Akhlak

      Diri

      Rakan

      Guru

      Alam Sekitar

iv.    Amal Jamaa'i

      Gotong-royong

      Keluarga Pelajar

      Persatuan / Kelab / Badan

      Masyarakat

d) Mengadakan program-program Keilmuan Islam dan Latihan Amali 2 bulan sekali.

e) Mengumpulkan bahan rujukan (dalam bentuk media cetak dan elektronik) di bilik gerakan, Pusat Sumber atau Perpustakaan.

f)  Menjalankan penilaian secara berperingkat-peringkat:

i.     penilaian

ii.     penilaian bulanan

iii.   penilaian penggal.

g) Borang-borang penilaian akan disediakan dan diedarkan kepada semua Guru Penasihat Keluarga Pelajar.

h) Keputusan penilaian penggal dikumpul dan direkodkan di dalam Buku Kemajuan Murid.