Make your own free website on Tripod.com


BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KIBLAH


 



Pengenalan 

1.1   Terdapat sebahagian daripada sistem sosial pada hari ini yang membantu mewujudkan satu suasana realiti yang negatif yang mempengaruhi jiwa para pelajar.

1.2   Jiwa para remaja, khususnya para pelajar lebih mudah untuk menerima apa juga nilai negatif yang diketengahkan.

1.3   Terdapat sebahagian besar para pelajar yang kurang mendapat bimbingan asas keagamaan dari ibubapa di rumah, juga terdapat ibubapa yang agak cuai di dalam mendidik anak mereka seperti tidak menitikberatkan sembahyang fardu, membaca Al-Quran dan lain-lain.

1.4   Timbul sebahagian masalah di dalam keluarga seperti pertengkaran ibubapa di hadapan anak-anak (pelajar), juga ibubapa yang bekerja menyebabkan kurang mendapatkan kasih sayang dan tumpuan serta perhatian sewajarnya.

1.5 Suasana seperti ini telah menyebabkan para pelajar mengalami konfiik dalaman yang melahirkan tingkah laku yang negatif.

1.6   Oleh itu amatlah diperlukan satu badan bimbingan yang profesional diwujudkan bagi menangani masalah-masalah negatif tersebut, agar peribadi para pelajar dapat diperbaiki ke arah menjadi seorang yang cemerlang dalam lingkungan konsep 3 dimensi.

 

Keperluan   

2.1   Para pelajar seringkali dilanda dengan berbagai-bagai masalah di dalam akhlak, sikap, emosi, mental dan kesihatan.

2.2   Para pelajar juga seringkali menghadapi kebuntuan di dalam mencari cara yang terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka serta untuk menentukan keutamaan-keutamaan di dalam membuat dan memilih sesuatu alternatif.

2.3   Untuk merubah para pelajar kepada keadaan yang lebih baik dari keadaan yang sedia ada di dalam bidang akhlak, sikap, emosi, mental dan kesihatan.

 

 

Objektif

 

3.1   Membimbing para pelajar bagi mencapai kecemerlangan di bidang-bidang berikut:

a) akhlak                b) sikap               c) akademik

d) emosi                 e) mental              f) kesihatan

 

 

Perlaksanaan

 

4.1   Mengenalpasti pelajar yang bermasalah.

 

4.2   Menyelidik latar belakang keluarga pelajar.

 

4.3   Melaksanakan proses-proses berikut di dalam menyelesaikan masalah para pelajar :

 

a) mendengar dengan penuh minat luahan masalah para pelajar.

b) mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tujuan untuk memahami dan menerokai sesuatu masalah dengan lebih mendalam .

c) sentiasa memberikan perangsang, kejayaan (motivasi) di dalam perbincangan dengan peiajar.

4.4   Memberikan kefahaman dari sudut 'nilai' terhadap sesuatu perkara.

4.5   Menjelaskan objektif sesuatu tindakan yang dihadapi oleh pelajar.

4.6   Merekodkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar.

4.7   Bimbingan dan nasihat yang diberikan hendaklah berlandaskan ciri-ciri keagamaan seperti:

a) kesabaran            b) taubat

c) tawakkal             d) doa  

e) qana'ah                f) istaqamah

4.8   Tindakan susulan iaitu:

a)  Bagi pelajar yang mempunyai masalah, pemerhatian ke atas pelajar tersebut hendaklah di buat dalam jangka masa 2 minggu.

b) Setelah tamat tempoh 2 minggu, pelajar yang terbabit dipanggil untuk kali kedua bagi sesi penilaian, jika berjaya maka pertemuan itu ditamatkan, dan jika gagal, maka sesi bimbingan diteruskan dengan alternatif-alternatif lain yang munasabah.